“Semp0i tk majlis tunang” Gadis Tunang ‘Online’ Di Kampus, Rakan Tolong Sarungkan Cincin

Pertunangan adalah satu ikatan di mana pihak lelaki menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan pihak perempuan. Momen indah ini pasti dinantikan oleh ramai pasangan yang ingin disatukan dengan pasangan pilihan mereka.

Namun, lain pula yang terjadi kepada gadis ini kerana dia terpaksa bertunang secara dalam talian sahaja.

Menerusi perkongsian seorang gadis yang dikenali sebagai Nurin di tlkT0k, dia berkongsi momen yang tidak dapat dilupakan olehnya iaitu bertunang secara atas talian kerana dia berada di kampus.

Dalam pada itu, pelajar Universiti Malaysia Kelantan ini ditemani oleh rakan-rakannya sepanjang majlis pertunangan itu berlangsung sambil menjamah makanan ringan ketika keluarga kedua-dua belah pihak sedang berbincang.

Di dalam video berkenaan turut kelihatan pihak lelaki menyerahkan kotak cincin pertunangan kepada keluarga belah perempuan. Lebih menarik lagi apabila rakannya yang menyarungkan cincin kepada gadis berkenaan sebagai wakil daripada pihak lelaki.

Semp0i tk majlis kami. Nasiblah masih belajar.

Terima kasih meriahkan majlis.

Video berdurasi 25 saat itu meraih lebih 298 ribu tontonan dan mendapat lebih 33 ribu tanda suka daripada pengguna di TlkT0k.

Kawan tolong sarungkan cincin

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netlzen mengucapkan tahniah kepada gadis berkenaan kerana sudah bertunang.

Malah ada juga di antara mereka mengatakan bahawa majlis pertunangannya adalah unik.

Sumber : ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*