Yatt Hamzah mahu jadi ‘cleaner’ di sana, Yatt idam Dapat disemadikan di Madinah

PETALING JAYA – Pelakon Yatt Hamzah yang kini berada di Kota Madinah berkongsi rasa gembira dan terharu apabila diberi peluang untuk membersihkan Masjid Nabawi, iaitu tempat kedua paling suci bagi umat Islam selepas Masjidil Haram.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Yatt atau nama lengkapnya Haryati Hamzah, 40, dilihat menggunakan alat pembersih hampagas (vakum) untuk membersihkan karpet dalam masjid yang juga dikenali sebagai Masjid Nabi itu.

Semalam lepas Asar, Bonda (panggilannya) dapat peluang bersihkan Masjid Nabi SAW. Perasaannya luar biasa, MasyaAllah walaupun hanya sekejap,” jelasnya.

Kata Yatt lagi, dia sudah lama berhajat untuk membantu pekerja-pekerja kebersihan di Masjid Nabawi, namun belum mempunyai rezeki untuk berbuat demikian.

Jelas pelakon Dunia Baru itu lagi, dia juga sangat mementingkan kebersihan dan tdak suka pada suasana rumah yang k0tor.

“Memang dah lama teringin nak membantu pekerja-pekerja kebersihan dalam Masjid Nabawi sebab Bonda memang sangat suka membersihkan rumah. Tk suka nampak k0tor.

“Alhamdulillah direzekikan dapat merasa jadi ‘cleaner’ (pekerja pembersihan) di Masjid Nabawi. Alhamdulillah,” jelasnya.

Menerusi hantaran sama, ibu kepada enam orang cahaya mata itu juga menyimpan impian untuk membawa keluarganya dan menetap di Madinah dan bersekolah serta membesar di sana.

“Ya Allah, aku teringin sangat membawa keluargaku untuk menetap di Madinah. Aku sangat teringin anak-anakku bersekolah di Madinah, membesar di Madinah dan akua mat teringin untuk mati di sini (Madinah).

“Jika pada perkiraanMu, andai salah satu cara untuk berada di sini adalah dengan menjadi seorang pekerja pembersihan, aku amat berbesar hati Ya Allah. Aku amat berbangga andai dapat berkhidmat di sini buat Rasulullah SAW. Kau makbulkanlah doa-doaku ini wahai Tuhan yang Maha memakbulkan doa,” katanya.

Terdahulu, Yatt telah berlepas ke Madinah untuk mengerjakan ibadah umrah pada 29 Oktober lalu seorang diri tanpa di temani ahli keluarganya termasuk suami.

Yatt berkata dia tekad untuk mengerjakan umrah walaupun seorang diri kerana menganggap perkara itu sebagai satu peng0rbanan demi Rasulullah SAW.

Sumber : K ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik da

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*